Copyright © Freestyle Art
Design by Dzignine
Sunday, February 9, 2014

AMBO KAHWIN

Assalamualaikum....
Baru ada chance nak update...masa free banyak,,tp asyik tangguh je..hohoho..

Ok untuk entry kali ni, Ambo nak bercerita tentang hari BEKWOH yang dikatakan berasal dari perkataan BIG WORK dan dikelantankan.. Bekwoh bersamaan maksudnya dengan kenduri kahwin.. 

Jeng jejengggg... Sape yg kahwin ni.. Punyela Ambo share gambar kt FB, mesti ada bg ucapan tahniah..ahahhaha...bagi gempak sikit..

Sebelum berlakunya hari kejadian, semestinya sanak saudara, jiran2, orang2 kampung pakat mai datang rumah, tolong yg mana patut untuk persiapan...

Tentunya suasana lebih meriah.. Perihal orang kampung menarik bagi ambo nok bercerito sikit kat demo2 ni...Orang kampung ni kalau buat kerja, memang rajin, kumpul ramai2.. memasak, memotong, membasuh..

Tetapi..... pada masa yang sama...ermmm mulut..ahahhaha..faham2 jela..terutama wanita2 ni..sinonim lah kot..haaa jgn marah awok2 perempuan yg baca..ni cuma pengalaman ambo..sudah jadi budaya..

Bab mengumpat2 ni no1..xkena sikit,, psstttttttt..pstttt..dekat sedara sendiri pom mesti nak pstt.pstt.psttt..angkat kening lagi..guna bahasa insyarat..ahahha..adoiii.. Ambo yang tengah duk pasang hiasan langsir- 'tirai' pom terganggu dek pstt.pstt.psttt ni.. Ambo plak jadi kusyukk nk dengar jgk...ahaha

Haaa biasalah, benda buruk orang ni kita suka dengar... Ada satu benda Ambo rasa nak gelak... mesti ramai hadapi situasi yang sama... kalo last2 orang mengumpat ni. Mesti salah sorang bg pesan cakap---->

"Aku oyak mu sore jahni..xdok ore tahu, jadi gege"

last2,, yg pendengar ni mesti sampaikan dekat orang lain jgk,,yer dok?? huhu..

So,, bila BEKWOH dekat rumah ambo ni,, walaupun buat kecik2 je... ada 1 ambo tengok..waahhh banyak jugak duit kena keluarkan.
Beli lembu, lau x beli daging, sewa baju kahwin, barang kahwin, pelamin dan banyak lagi la... 

Kalo buat majlis ni, sebelah perempuan lebih meriah,, tapi yang banyak kena keluarkan duit sebelah lelaki... Yela, dah nak anak orang..

Bagi Ambo..sekali lg,bagi ambo.. yang nak kahwin ni..pasangan mempelailah.. Jadi duit elok dikeluarkan kedua2 pasangan ni, mak ayah ni patut bantu sikit2 je, selebihnya memastikan majlis jadi OK..

Yup, kahwin itu mudah, malah ISLAM menggalakkan kan.. orang kata, jauh la maksiat sikit, murah rezeki,,,pada masa sama,,yg sebelah laki ni, bersedia2 lah dop dengan kos2 yg patut ditanggung,, kahwin sekali je seumur hidup, orang perempuan jgn duk push2 sgt bakal suami tu,, duit xde,,,xkan nk buat pinjaman,ahaha..last2,, mak ayah yang taja... mak ayah kaya xpe..takpe pom.. xkan nk mengharap mak ayah kot... maluu maaa...

Banyak plak celoteh,,,ok... mase kenduri ni, Ambo lebih berperanan sebagai JOKAKO @ ahli jawatankuasa angkut2 gulai, tembikai and so on lah..so xde mase nk pakai ensem2 dan amek gambar2 ni..

Bila orang dah xde, dah balik... rasa plak nk bergambor atas pelamin,,ahahah

Ni dengan anak buah...

So spe yang kahwin ni..Yang kahwin kakak Ambo..dua tahun lebih tua dari ambo ni...pasangannya orang Bachok Jelawat.. Selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai,,,semoga terus berkekalan...dimurahkan rezeki.,..amin

Jarang2 dapat bergambor ngan family ni..ni dia...
MY FAMILY
ni pom ambo kena paksa naik,,,xdan nk pakai hensem2..ahahhaa




Tuesday, January 21, 2014

GEJALA SELFIE

KEGILAAN SELFIE
Apakah selfie? Selfie atau bahasa melayunya potret diri sendiri, gambar diambil sendiri menggunakan telefon bimbit atau teknologi sewaktu dengannya dan dimuat naik ke laman sosial.

Masyarakat pada masa kini diserang fenomena selfie. Menurut Sinar Harian- foto selfie pertama di dunia dihasilkan pada 1839 oleh robert Cornelius, seorang perintis fotografi dari AS. Ciptaan kamera mudah alih Kodak Brownie menjadi titik tolak kepada perkembangan fotografi potret diri 1900. 1914, Grand Duchess of russia berumur 13 tahun menjadi remaja pertama mengambil gambar sendiri di depan cermin utntuk dikiram kepada rakannya.


Kecanggihan dan perkembangan teknologi terkini menghasilkan telefon pintar, Ipad, Tab dan sebagainya menyebabkan selfie semakin popular dan mudah dilakukan dimana sahaja. Setelah selfie menjadi kegilaan orang ramai terutamanya dalam kalangan wanita, kini selfie berbentuk video semakin menjadi-jadi. Selebriti juga tidak melepaskan peluang melakukan perkara yang sama. Video kebanyakan dimuat naik ke laman sosial, antara yang polular adalah Keek. Mungkin ramai sudah mengikuti perkembangan ini.

Contoh jelas yang telah berjaya menggunakan media Fb dan you tube kebanyakkan menjadi popular dengan sekelip mata. Kita mungkin mengenali Bobo dengan aksinya dan isu Pak Guard, Syasa, Kapel seminggu yang mengambil video sekadar hiburan. Kesannya amat tinggi akibat dikongsi ke seluruh laman sosial.

Berbalik kepada Selfie, disebabkan selfie semakin menjadi kegilaan orang ramai dan penggunaan perkataan tersebut meningkat 17,000 peratus menyebabkan Oxford Englis Dictionary Online mengiktirag Selfie (kata nama) sebagai perkataan popular November 2013.


Menurut tinjauan dilakukan ke atas laman sosial, lebih 177 juta gambar selfie dimuat naik ke dalam instagram dengan hashtag #me. Perkataan lain yang direka pengguna seperti belfie(gambar menampilkan bahagian belakang tubuh), helfie (memaparkan stail rambut), welfies dan shelfie.



Facebook selalunya terkenal dengan selfie yang dimuat naik pada status individu tersebut bersama dengan tulisan. Kadang kala status yang ditulis tiada kaitan dengan gambar selfie yang dimuat naik.

Ramai melihat perkara ini (selfie) sebenarnya mewujudkan budaya narsisisme.Apakah narsisisime? Narsisisme merujuk keadaan individu yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. Istilah tersebut dipercayai berasal dari cerita mitos Yunani mengenai seorang lelaki bernama Narciscuss yang jatuh cinta pada bayang-bayangnya sendiri.

Media sosial kini menjadi medium kepada pemilik-pemilik akaun mempamerkan aksi comel dan aksi pelik semata-mata menarik perhatian rakan laman sosial.Aksi DuckFace antara aksi yang menular begitu cepat.  Percayakah anda, kebanyakkan yang melakukan selfie dan dimuat naik mempunyai rupa paras yang menarik. Rupa yang dianggap kurang selalunya menyepi dan hanya melihat sahaja rakan-rakannya melakukannya, timbul rasa cemburu yang tidak diluahkan.


Kebanyakkan gambar selfie mendapat perhatian rakan-rakan laman sosial. Buktinya dilihat pada komen yang telah ditulis dengan perkataan memuji. Sekiranya terdapat beberapa orang komen negatif, pasti pemilik selfie ini melenting dan rasa tidak puas hati.

Menurut kajian, mereka yang selalu mengambil gambar selfie kebiasaannya hanya mendengar pendapat sebelah pihak, terlalu asyik dengan diri sendiri, ,melangkaui peraturan, enggan menerima kritikan,enggan bertanggungjawab dan cepat marah. Mereka yang menggunakan facebook berpotensi menjadi narsisistik dan tidak yakin pada diri sendiri. Individu mengalami narsisisme sering mengemaskini status di Twitter.

Kegilaan selfie pernah mencetuskan kontroversi apabila Presidan AS Barrack Obama mengambil selfie bersama Perdana Menteri Denmark Helle Thorning Schmidt dan Perdana Menteri Britaian David Cameron ketika upacara memperingati bekas Presiden Amerika Selatan, Nelson Amelda mengundang kritikan banyak pihak. Ketiga-tiga pemimpin tersebut didakwa tidak menjaga sensitiviti.
Medium penyelamat pula apabila seorang mangsa keganasan rumah tangga berjaya diselamatkan apabila mengambil selfie dalam keadaan berlumuran darah dan dimuat naik. Rakan mangsa melihat status tersebut berjaya melaporkan kepada pihak polis dalam keadaan segera.

Berkenaaan selfie, adakah ia akan menjadi narsisisme? Bagi Ambo bergantung kepada niat si yang suka selfie ni. Ambo juga tidak tahu apa motif mereka berbuat demikian. Adakah untuk menunjukkan kecantikkan diri, untuk dipuji orang atau sekadar suka-suka.
Benarkah ini berlaku? Sekiranya betul, seharusnya selfie harus dielakkan. Adakah gelaja narsisisme tidak dapat dielakkan dalam budaya sosial? Bagi ambo Yerrrr,, memang xdapat dibendung tetapi kita sebagai pengguna laman sosial atau sahabat kepada individu selfie boleh mengelakkan perkara ini dengan memberi nasihat secara slow talk. Insyaallah, jika diizinkan Allah, mampu mengubah secara berperingkat-peringkat.

Seeloknya medium fb, twitter, myspace or anything digunakan sebaik mungkin. Kongsilah gambar berbentuk moment( gambar kejayaan,kebahagiaan keluarga, ilmu, kata2 nasihat) yang boleh meransang orang lain seterusnya memberi input yang berguna kepada rakan laman sosial yang lain. Selfie sesuai digunakan pada gambar potret akaun atau istilah famousnya DP.
Kita mampu mengubahnya. Amin
Monday, January 20, 2014

Menu Rakyat 1Malaysia di IPT

Menu Rakyat 1Malaysia

Apakah? mungkin sudah lama kita dengar



Ini merupakan langkah kerajaan mmbntu mengurangkan beban rakyat Malaysia dan agar rakyat mendapatkan harga yang berpatutan

Fokus ambo terhadap perlaksanaannya di IPTA/IPTS/ILKA... ambo belum pasti berapa banyak pengusaha yg telah mengikuti program ini di institusi2 pengajian.

Berikut harga yg ditetapkan bg MR1M nih..

Sarapan pg- 
S.Malaysia- rm2.00(max)
Sabah/Sarawak- rm 2.50

Makan Tghari-
S.M'sia- rm4.00(max)
Sabah/Serawak- rm5.00

Semua peniaga/pemilik restoran layak mngikuti program ini- secara sukarela,, jadi macam mana cafe2 di institusi pengajian tinggi ni? Adakah ramai pengusaha join? So langkah kita perlu mempromosikan program ni kpd2 pengusaha2 cafe/restoran... Slow talk ka.. bg template klo ada...banyak manfaat utk semua terutama kepada pljr...

Maggi masih menjadi makanan utama bagi pelajar2 yg kurang berkemampuan mahupun yg mampu. hakikatnya.hahaa,, jadi langkah sebegini patut diambil supaya pelajar2 dapat beli dengan harga berpatutan..

Sebenarnya sudah beribu pengusaha telah mengikuti program.. cara mencari kedai/lokasinya dimana
boleh cek di link ni--->

So jimat ka? belum cuba belum tahu,,dari beli tiba2 dapat harga mahal kt kedai lain tuh,, mula la membebel..huhuhuhu...

Ayuh sama2 menjayakan program ni di IPT... kita perlu sokongan ramai.. MPP juga bole ambil peluang.. Sekadar cadangan membantu mengurangkan beban pelajar-- duit pom gna PTPTN, xcukup..mitak lagi kat mak ayah...yg ada duit xpe..yg kerja2 kg pom ni..kna korek dlm bank..pastu bg kat anak.. 

Anda mungkin meminati :-






Sunday, January 19, 2014

Sistem Permohonan Kemasukan Ke IPTA/ILKA 2014

BERITA PENTING
.
HEBAHAN UTK SEMUA..

Tarikh Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA dan ILKA


20 JAN 2014 bermula jam 12.00 tghari
Klik disini

Jangan lupa beli no pin anda di Bank Simpanan Nasional

Nasihat Ambo, pilihlah sebaik mungkin mne2 IPTA, ILKA dengan kos yg berpadanan dengan result anda. Ingat Yg PADAn DAN sESUAIIII!!!  Jangan pilih kos yg sesedap mulut menyebut, seGah rasa khayalan takut nanti frust dapat result. huhuhu.. Pilih bukan minat kita tak apa yg penting berusaha meminatinya nanti. 

Pesanan dekat anda2 yg ingin belajar ni, janganla belajar sampai sekerat jalan. Teruskan walau sesukar mana pom. Kesian dah guna PTPTN, nanti nk bayor balik, mak ayah pulak pening kepala nk cari Institusi Pengajian yg lain, nk p ngantor lg.

Ngonge2 jugerr..moh ramei2 sambong blajor..ahaha


Semoga kejayaan milik anda semua..amin





SELIPAR PUTUS

Entri hari ni Ambo nak bercerita tentang
SELIPAR PUTUS


Mungkin 2 minggu sudah Ambo baca status dr fb ni. Cerita mengenai pengorbanan seorang ibu bersama anaknya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Statusnya berbentuk dialog dan ambo meringkaskannya..

Empunya status menceritakan perbualan dia dengan seorang makcik sebab kedua2nya menuju matlamat yg sama iaitu INTERVIEW utk intake yg akan datang.. Bangunan IPSI xsilap, lokasi perbualan xthu hnya dinyatakn d UPSI

Cerita lbh kurg cmni..
Empunya status menegur seorang makcik ni, menanyakan datang dari Kelantan ka...
Makcik bgthu Yup (ahaha..stylo cite)... mkcik dtg teman anak utk interview anak lelakinya.. Datang dengan bas berjalan kaki dr stesen bas Tanjung Malim ke UPSI,,,uiii bagi Ambo jauh jugak tu..lenguh kaki..

Makcik tu cakap sampai putus seliparnya smbil dperhatikan si empunya status..Katanya dia sedang cari nasi untuk anak lakinya yg berehat dekat surau.. Sudah beli sebelumnya tapi si anak plak tidak mau nasi XSEDAP.. si ibu ni pergi cari/beli nasi yg baru..Mungkin si ibu tidak mahu ganggu@ bg anaknya letih sebab nanti anaknya interview

Mereka datang hanya berdua dengan bas, berjalan kaki pula dr stesen bas ke UPSI. sanggup pula pergi beli nasi lain sbb anak kata nasi xsedap. Mungkin kita dah boleh gambarkan macam mana keadaan makcik tu....Ambo melihat pengorbanan seorang ibu utk melihat kejayaan anaknya. Sebab tu terasa nk buat entri pasal nih..

Sungguh bertuah la mereka yg hidup senang, mak ayah hntr dengan roda empat bersalutkan stering bergetah ditemani air cond. Menikmati lauk yg sedap2 utk anak yg dhntr utk intrview mahupun yg sedang belajar. Oleh itu, bersyukur wahai anak2- jika kamu senang, bantu lah yg susah, jangan bermegah dgn harta mak ayah, banggalah dengan harta hasil titik peluh sendiri.

Yg susah, belajarlah bebas dari kesempitan hidup, jgn terlalu mengharap cuma ambil lah peluang. Jika ada pendidikan percuma, rebut @ beri peluang. Siapa tak mau seakan tolak rezeki manusia yg ditawarkan.


Apa2pom, hargailah IBU anda yg sanggup bersusah payah selama ini...
Kasih ibu sampai ke SYURGA..




Saturday, January 11, 2014

BALIK KAMPUNG

Balik Kampung Malam ni
Yeaaaaaaaa.....
Setelah banyak kali usya2 bas, nk try naik bas catar ni.. Sepatutnya 11hb dah blk, tapi ada sebab tertentu membuatkannya terbantut. Jadi ambo pilih malam keesokannya = 12 hb.. Kalau balik 10hb lg ok, bole jugak tgk TRW vs Phattalung Fc kt stadium...adiosssss... Sebab2 tertentu pom xdpt dilaksanakan jgk, baik blk mlm 11hb.. sekali lg Adiossssssss...


Bas yg dipilih adalah Bas Nik(ADA)

Bas ni sekadar hiasan. ha3


Sebelum balik ni, masaklah dulu, jimat2 duit sikit, tengah pokai..aiyooo..Jadi, pergi lah beli ayam seketul
dipotong 2 dan sayur seikat..
Hari ni masak Ayam Goreng Kunyit dgn Sup Sayur saja...


Oh Ayam... entah tawar ke masin. hahaha

gambar tengah2 panas-nampak putih ja..huhuhu


So lama juga Ambo berkampung dirumah sewa Junior Taman Malim ni.. menumpang seyyyy ..nak buat kerja/cari kerja....last2 mcm tu jgk..  apa2 pom sebenarnya nak ucap ribuan Terima KAsih. TQ..Trimas.. dkt junior2 Ambo ni atas pertolongan yg terlampau tinggi jika nak diikutkan (dlm hati xtau la depa tu). hahahah :)

Malam ni bertolak balik kampung.. atas urusan keluarga dan kewangan. :'(

Selepas blk ni-kna p lain jgk,, setelah meneliti ayat2 dlm ...., jadi terfikir lah 2x, berbelah bagilah AMbo, apa maksudnya? Ambo pom xtahu, cuma tersentap... Klo de yg mndorong 'GILE2'.. Insyaallah berubah hati lah kot.. 

Doakan Ambo selamat pulang ke kg halaman...
TUMPAT MU TUNGGU AKU DATANG
Sapo2 nk ayam/sup tu marila umoh sewo ni....

Assalamualaikum

TAMBAHAN GAJI KEPADA GURU BARU BERKELULUSAN MASTER/PHD



Berita Gembira!!
.
.
Berita Gembira!


Guru-guru baru yang berkelulusan SARJANA menikmati tambahan gaji sebanyak RM 715 dan kelulusan Doktor Falsafah = RM 1022 berbanding guru yang berkelulusan ijazah sarjana muda

Sistem gaji baru ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2014 dan telah dimaklumkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40/2013 yang teah ditandatangani oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal
bertarikah 16 Disember 2013 lepas.

Guru yang mempunyai ISM serta Diploma Pendidikan menerima gaji permulaan DG41 = RM 2018.52

Gaji guru yg mempunyai MASTER serta Diploma Pendidikan DG41 = RM 2733.58

PhD serta Diploma Pendidikan DG41= RM 3040.60

Bagaimanapun menurut pekeliling, bagi guru2 berkelulusan ISMP @ ISM bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan, gaji ditawarkan = RM 2222.94

Sumber dari Utusan On9 tarikh 9 Jan 2014
link -->

Bagi Alhamdulillah..rezeki dohtu,, bolehla yg mne2 rasa nk sambung MASTER-PHD, satu dorongan
Ada kekhilafan mengenai gaji, boleh komen

Wednesday, January 8, 2014

TIADA JAMINAN JAWATAN GURU TETAP

Ketika asyik Ambo menyelusuri Fb ni, terbaca 1 post ni
Apa yg hangat ni?

Ni berkenaan isu graduan bertitle pendidikan
Kosmo hari ini mengeluarkan berita bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia merancang memansuhkan jaminan jawatan sebagai guru tetap yg selama ini diberi secara automatik kepada guru-guru pelatih di IPG dan IPTA



Menteri Pendidikan II berkata, langkah mungkin dilaksanakan secara berperingkat2 bagi memastikan guru pelatih yang berkualiti dan layak sahaja yg ditawarkan sebagai guru tetap di sekolah2. Tambahan lagi beliau berkata pihaknya memilih yg terbaik untuk menjadi guru bagi melahirkan masyarakat dan negara yg hebat melalui pendidikan.

Bole baca selanjutnya dekat kosmo 8 Jan 2014 dkt sini-->
KOSMO ONLINE


Ambo baca kt sini lah....

Sebelum ni, langkah Kementerian ingin mengambil 30% graduan terbaik shj..Sekarang NO JAMINAN dah.. Hal ini mungkin menyebabkan pelajar2 jurusan pendidikan ini sedikit gelisah dengan nasib mereka.
Semasa asyik duk berFB juga, ambo tertarik tgk DP2 ni


Kebanyakkan mereka yg buat DP ni mereka yg sedang menunggu POSTING, ada jugak dalam kalangan pelajar ISMP yg guna sebagai tanda sokongan. Langkah mereka hanya bersuara, belum lagi capai tahap nk berdemonstarsi. Sebab bagi ambo mereka golongan Terpelajar. Mereka tahu  apa yang terbaik untuk mereka. Bersuara dengan cara berhemah. Apa2 pom Ambo mendoakan kepada semua, semoga dapat keputusan yang mengembirakan.

Ambo tertarik juga kata2 ni

-Hanya yg mengalami yang memahami-

Langkah kerajaan lebih efektif atau tidak, sama2 kita bincang

Sekian saja untuk entri kali...


BB1M 2014

Berita gembira!!!

Baucer Buku 1 Malaysia

Program BB1M diteruskan berdasarkan Bajet 2014 yg telah dibentangkan


Syaratnya macam biasalah

Warganegara MalaysiaPelajar dan
 sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Mengikuti program Pra universiti (Program Matrikulasi dan Tingkatan 6)

Tujuannya
Untuk meringankan beban pelajar yang sedang belajar ni- beli alat tulis ka dan apa2 jelah
yg berfaedah.. jangan duk beli KOKSE KOKDAN( bnda yg bukan2)

Cara pemberian
Secara automatik yg layak dapat
Pihak institusi/sekolah yg akan uruskan dan umumkan bila boleh dapat
Dont worry be happy yaa....

Tarikh
Dijangka awal tahun 2014,, tunggu pihak institusi anda habaq

xboleh ditukar tunai mahupun ditukar milik
INGAT tu


Tuesday, January 7, 2014

The 1st 7D Cinema Rider In Kota Bharu

7D Cinema Rider Pertama di Kota Bharu
Apa benda ni??

The 7D cinema rider, known as Seven-dimensional movie, is composed of three-dimensional ride film and surrounding environment simulation of the amusement park motion rider which brings a series of physical simulation to the audience according to the story

Tempat:
TESCO, Lembah Sireh Kota Bharu

Waktu Operasi- Sepanjang hari
-9.00 a.m - 10.30 p.m

Contact
017-9038323

Wahh Apek pom ada

Tiket RM7 jaa tuuu


Peace yoo..mcm best ja


Kerusi pom mcm nk drive ni..huhu

Klo nk tengok secara visual try tgk kt link ni-->


Sesuai untuk hiburan keluarga.. Panjang durasi dalam 5min, 7min, 10 min berdasarkan cerita.
Nasihat! Jangan duk bawak yg ada lemah jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya..ahahaha..sat g nanya org tu
Harga dalam RM7 kot.. Hari Jumaat, solat jumaat,operasi berehat....nk tau lebih lanjut- klik page fb ni-->


Ambo pom balik kg nk try jugak..hohohoh..Nk pergi?? Jemput Ambo lah..jgn lupo

BR1M 2014

Jom isi BR1M 3.0

Borang isi online/ manual bermula 23 Disember 2013 lg dan pembayaran dilakukan pada Februari 2014
sebelum isi tu baca la syarat2 terlebih dahulu. Yg dah mohon yg lps okla cuma kena kemas kini maklumat diri tu.
Siapa belum isi lagi/nk kemas kini.. klik link ni---->



isi cepat2- pembayaran dilakukan secara berperingkat2.

WAMORA DESIGN

Ok lagi sekali Ambo nk berkongsi dekat anda semua
Ada sapa2 nk tempah design Banner, Bunting, Poster, Bisness Card, Wedding Card, Book Cover,
Design Photo, Create Logo, Design Baju (Koprat,T-Shirt) dan lain2.. bole tengok dekat sini-->

Nama syarikat---WAMORA DESIGN--no fon-011-17842644

cuma nak habaq mai- WM hanya menerima tempahan design sahaja setakat ni, tempahan mencatak belum lagi setakat ni.. faham nohh.

Meh kita usya2










yang mana berminat tu pm la kt page fb tu.. kalo malu pm AMBO xpe


KAD KAHWIN BORONG ONLINE

Ambo kt sini nak tolong mana-mana pasangan yg ingin
cari/tempah KAD KAHWIN


khidmat sini menawarkan tempahan Kad Kahwin.Bunting.Banner. Flyers dan seangkatan dengannya
Harga berpatutan.. bole usya2 dlu..huhu.. berminat? pm laju2

ni Ambo bagi sedikit info tentang syarikat ni

Kami merupakan pengedar dan pemborong kad kahwin yang menawarkan harga yang berpatutan sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi 0134167051
Company Overview
KADKAHWINBORONG ENTERPRISE (TR0123031-M) merupakan syarikat yang berdaftar dibawah SSM menawarkan perkhidmatan menjual kad kahwin dengan harga borong.

Memulakan perniagaan pada pertengahan tahun 2011 dan mula mengorak langkah pada tahun berikutnya.
Description
>Anda mencari pusat percetakan murah?
>Bajet rendah untuk kad kahwin?
>Ada design tapi tak tahu nak print kat mana?
>Nak cari duit lebih?

Kad Kahwin Borong merupakan pusat percetakan online yang menawarkan perkhidmatan percetakan dengan harga murah berbanding pasaran. Kad Kahwin Borong juga membuka peluang perniagaan kepada berminat menjadi agen-agen kami.


kt sini contoh2 barang yg dah tempah



anda boleh juga PM Ambo kalo nk berurusan.. hehe





KEJUARAAN PENCAK SILAT UPSI DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA KE-5 2014

Post mlm ni berkenaan
KEJUARAAN PENCAK SILAT UPSI DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA KE-5 2014
TARIKH : 12-16 Mac 2014

UPSI sekali lg menganjurkan pertandingan pencak silat ke-5 bertempat di dewan serbaguna Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlah Shah, Universiti Pendidikan Sultan ini. Butiran lanjut boleh tgk kt bawah---->

salam..
untuk pasukan NEGERI/NEGARA akan surat jemputan akan diedar melalui PESAKA negeri masing2 @ kepada MSN negeri..

untuk memudahkan proses menghantar surat jemputan MOHON jasa baik semua untuk inbox @ komen disini alamat/perhungungan semasa (email, fax, alamat surat menyurat DLL)

PROSES menghantar/mengedar surat jemputan akan dibuat dalam minggu ini...

jika ada pertanyaan hubungi 012-5997905

Utk IPTA/IPTS pom sama jgk hubungi ni di atas

link ini group fb, surat jemputan, maklumat game bole didapatkan disini
Monday, January 6, 2014

JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN KOSONG

ni untuk spe2 yg berminat.. yg mana pandai photoshop dan ilustrator tu bole apply..huhuhu


disini Ambo sertakan bannernya...bole la tgk


tempatnya di Kuala Krai

Nk income bole try apply. Rezeki ada dimana2. Nak senang contact kawan ambo---pm laju> https://www.facebook.com/melankolik.malaya.7

Tarung Derajat

            Time rajin nilaaaa nk post byk2.ahaha.. Post hari ni berkenaan TARUNG DERAJAT.. Mesti ramai tidak pernah dengar malah masyarakat Malaysia tidak tahu pun kewujudan TD

              Meh Ambo cerito serbo sedikit pasal TD ni.. TD ni sebenaqnya adalah salah satu seni mempertahankan diri dari Indonesia yang dicipta oleh Haji Ahmad Derajat..berasal dari Bandung seorang pejuang jalanan. Cerita kisah hidupnya yg panjag2 tuh bolehla rujuk google..Td diiktiraf sebagai sukan negara dan digunakan sebagai latihan asas Tentera Indonesia.. Waaahhhh... Siapa Hj Ahmad Derajat ni? Meh tengok orangnya...>




Ni diaaa Hj Ahmad Derajat.. berketul2 baq hang


Lambang 1


Yg ni lambang TD 2.. macam lencana dia lah


lambang 3- BOX- salam sapaan sesama petarung.. biasa ada dekat belakang baju


Ni pakaian TD

Anggota/ahli/pengamal dipanggil Petarung .. Boleh tahan Sukan Lasak ni. Kata2 TD "Aku ramah bukan berarti takut, aku tunduk bukan berarti takluk"... Maksudnya, aku mesra xbermakna saya takut, saya tunduk xbermakna saya menyerah... Tarung Derajat bermaksud berjuang untuk kebanggaan/ darjat diri.

Dekat M'sia ni,,sukan ini agak baru boleh dikatakan dalam pembikinan. Sukan ni jugak kali pertama dimasukkan ke dalam Sukan Sea dekat Indonesia. Malaysia hantar beberapa wakil dan dapat membawa balik pingat. Sukan TD diiktiraf di Malaysia. Langkah pertama adalah mengadakan pertandingan..Jom tengok kt bawah ---->


Ni game dekat Pahang.. Ambo main..final boh..huhu..Final lwn tok guru silat ambo sdiri.. Tarik diri alang2 dah dapat perak..hahahah

Pertandingan pertama TD Malaysia dibuat di UPSI kerana ada kursus disana. Boleh dianggap perintis lah. Game ke-2 baru buat di Pahang.. Gambar kt atas tu.. Game ke-3 dibuat di Nogori Sombilan dalam Mall.


Gambar ni masa dekat game N9.. agak berbeza sbb kali ni Ambo jadi Pengadil atau bahasa TD nya Kang Pox.ahah... Barisan2 juri berbaju,berseluar oren semuanya. yg paling kecik tulah AMBO..ambil pengalaman.. ganas2 petarung semuanya.

Cerita mengenai TD akan disambung semula di lain masa lain hari. Insyaallah full story about TD (omputih sekali sekalo).. update 12.15 p.m..mata xmengantuk lg sbb perut ambo dah lapar. Babaiiii...


Sakit Urat Training

Entri kali ini mengenai training silat..... Sudah lama Ambo xtraining silat...Kena plak semalam sepak kaki kena ikat getah.. melecet kaki ambo, sakit pinggang last2 sakit urat..ahaha..

THIS IS SEPAK LAYANG..wachaaaaa....

Pic tu xde kaitan dengan training semalam pom.heheh..
 So bermula lah sebagai atlit balik... Semoga dipermudahkan segala urusan amin...