Copyright © Freestyle Art
Design by Dzignine
Tuesday, January 21, 2014

GEJALA SELFIE

KEGILAAN SELFIE
Apakah selfie? Selfie atau bahasa melayunya potret diri sendiri, gambar diambil sendiri menggunakan telefon bimbit atau teknologi sewaktu dengannya dan dimuat naik ke laman sosial.

Masyarakat pada masa kini diserang fenomena selfie. Menurut Sinar Harian- foto selfie pertama di dunia dihasilkan pada 1839 oleh robert Cornelius, seorang perintis fotografi dari AS. Ciptaan kamera mudah alih Kodak Brownie menjadi titik tolak kepada perkembangan fotografi potret diri 1900. 1914, Grand Duchess of russia berumur 13 tahun menjadi remaja pertama mengambil gambar sendiri di depan cermin utntuk dikiram kepada rakannya.


Kecanggihan dan perkembangan teknologi terkini menghasilkan telefon pintar, Ipad, Tab dan sebagainya menyebabkan selfie semakin popular dan mudah dilakukan dimana sahaja. Setelah selfie menjadi kegilaan orang ramai terutamanya dalam kalangan wanita, kini selfie berbentuk video semakin menjadi-jadi. Selebriti juga tidak melepaskan peluang melakukan perkara yang sama. Video kebanyakan dimuat naik ke laman sosial, antara yang polular adalah Keek. Mungkin ramai sudah mengikuti perkembangan ini.

Contoh jelas yang telah berjaya menggunakan media Fb dan you tube kebanyakkan menjadi popular dengan sekelip mata. Kita mungkin mengenali Bobo dengan aksinya dan isu Pak Guard, Syasa, Kapel seminggu yang mengambil video sekadar hiburan. Kesannya amat tinggi akibat dikongsi ke seluruh laman sosial.

Berbalik kepada Selfie, disebabkan selfie semakin menjadi kegilaan orang ramai dan penggunaan perkataan tersebut meningkat 17,000 peratus menyebabkan Oxford Englis Dictionary Online mengiktirag Selfie (kata nama) sebagai perkataan popular November 2013.


Menurut tinjauan dilakukan ke atas laman sosial, lebih 177 juta gambar selfie dimuat naik ke dalam instagram dengan hashtag #me. Perkataan lain yang direka pengguna seperti belfie(gambar menampilkan bahagian belakang tubuh), helfie (memaparkan stail rambut), welfies dan shelfie.



Facebook selalunya terkenal dengan selfie yang dimuat naik pada status individu tersebut bersama dengan tulisan. Kadang kala status yang ditulis tiada kaitan dengan gambar selfie yang dimuat naik.

Ramai melihat perkara ini (selfie) sebenarnya mewujudkan budaya narsisisme.Apakah narsisisime? Narsisisme merujuk keadaan individu yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. Istilah tersebut dipercayai berasal dari cerita mitos Yunani mengenai seorang lelaki bernama Narciscuss yang jatuh cinta pada bayang-bayangnya sendiri.

Media sosial kini menjadi medium kepada pemilik-pemilik akaun mempamerkan aksi comel dan aksi pelik semata-mata menarik perhatian rakan laman sosial.Aksi DuckFace antara aksi yang menular begitu cepat.  Percayakah anda, kebanyakkan yang melakukan selfie dan dimuat naik mempunyai rupa paras yang menarik. Rupa yang dianggap kurang selalunya menyepi dan hanya melihat sahaja rakan-rakannya melakukannya, timbul rasa cemburu yang tidak diluahkan.


Kebanyakkan gambar selfie mendapat perhatian rakan-rakan laman sosial. Buktinya dilihat pada komen yang telah ditulis dengan perkataan memuji. Sekiranya terdapat beberapa orang komen negatif, pasti pemilik selfie ini melenting dan rasa tidak puas hati.

Menurut kajian, mereka yang selalu mengambil gambar selfie kebiasaannya hanya mendengar pendapat sebelah pihak, terlalu asyik dengan diri sendiri, ,melangkaui peraturan, enggan menerima kritikan,enggan bertanggungjawab dan cepat marah. Mereka yang menggunakan facebook berpotensi menjadi narsisistik dan tidak yakin pada diri sendiri. Individu mengalami narsisisme sering mengemaskini status di Twitter.

Kegilaan selfie pernah mencetuskan kontroversi apabila Presidan AS Barrack Obama mengambil selfie bersama Perdana Menteri Denmark Helle Thorning Schmidt dan Perdana Menteri Britaian David Cameron ketika upacara memperingati bekas Presiden Amerika Selatan, Nelson Amelda mengundang kritikan banyak pihak. Ketiga-tiga pemimpin tersebut didakwa tidak menjaga sensitiviti.
Medium penyelamat pula apabila seorang mangsa keganasan rumah tangga berjaya diselamatkan apabila mengambil selfie dalam keadaan berlumuran darah dan dimuat naik. Rakan mangsa melihat status tersebut berjaya melaporkan kepada pihak polis dalam keadaan segera.

Berkenaaan selfie, adakah ia akan menjadi narsisisme? Bagi Ambo bergantung kepada niat si yang suka selfie ni. Ambo juga tidak tahu apa motif mereka berbuat demikian. Adakah untuk menunjukkan kecantikkan diri, untuk dipuji orang atau sekadar suka-suka.
Benarkah ini berlaku? Sekiranya betul, seharusnya selfie harus dielakkan. Adakah gelaja narsisisme tidak dapat dielakkan dalam budaya sosial? Bagi ambo Yerrrr,, memang xdapat dibendung tetapi kita sebagai pengguna laman sosial atau sahabat kepada individu selfie boleh mengelakkan perkara ini dengan memberi nasihat secara slow talk. Insyaallah, jika diizinkan Allah, mampu mengubah secara berperingkat-peringkat.

Seeloknya medium fb, twitter, myspace or anything digunakan sebaik mungkin. Kongsilah gambar berbentuk moment( gambar kejayaan,kebahagiaan keluarga, ilmu, kata2 nasihat) yang boleh meransang orang lain seterusnya memberi input yang berguna kepada rakan laman sosial yang lain. Selfie sesuai digunakan pada gambar potret akaun atau istilah famousnya DP.
Kita mampu mengubahnya. Amin

0 comments:

Post a Comment